Notis privasi Duit Kita Bisnes

Versi 21 November 2026

Notis ini menerangkan data yang kami simpan apabila anda menghidupkan segerak awan dalam Duit Kita Bisnes, di mana ia disimpan, siapa boleh melihatnya dan cara memadamnya.

Tanpa segerak awan

Rekod anda disimpan dalam pelayar pada peranti ini sahaja dan tidak dihantar kepada kami.

Aplikasi tidak menyulitkan rekod ini. Sesiapa yang boleh membuka pelayar ini boleh melihatnya. Jika data laman dibersihkan, rekod hilang, jadi eksport CSV dari semasa ke semasa.

Apa yang kami simpan apabila segerak dihidupkan

Alamat e-mel akaun anda (untuk log masuk).

Rekod Bisnes anda: jualan atau kos, jumlah, tarikh, platform, jenis kos, nota, masa dibuat dan diubah, serta rekod yang anda padam (ditanda dipadam supaya peranti lain tahu).

Kami tidak meminta nama, nombor telefon atau alamat pelanggan. Tolong jangan tulis maklumat peribadi pelanggan dalam nota.

Di mana data disimpan

Pangkalan data dan log masuk: Supabase, dengan pelayan di Singapura.

E-mel kod log masuk dihantar melalui Resend. Resend menerima alamat e-mel anda untuk menghantar kod sahaja.

Siapa boleh melihat

Anda, apabila log masuk. Peraturan pangkalan data menghalang akaun lain daripada membaca atau mengubah rekod anda.

Pemilik Duit Kita, sebagai pentadbir sistem, secara teknikal boleh membuka pangkalan data. Kami tidak melihat rekod anda kecuali anda meminta bantuan atau undang-undang memerlukannya.

Untuk apa

Hanya untuk menyimpan rekod anda, menyegerakkannya antara peranti anda dan menunjukkan laporan anda. Data anda tidak dijual dan tidak digunakan untuk iklan.

Jika Premium tamat

Segerak baharu berhenti. Rekod yang sudah di awan kekal boleh dibaca dan dieksport.

Memadam data

Akaun ▸ Segerak awan Bisnes ▸ "Padam salinan awan" memadam semua rekod bisnes itu dari pangkalan data kami serta-merta, untuk semua peranti. Rekod dalam pelayar peranti anda kekal. Ini boleh dibuat walaupun Premium sudah tamat.

Akaun ▸ "Padam akaun" memadam akaun anda dan semua data anda dalam pangkalan data kami serta-merta: profil, bisnes, rekod yang disegerak dan pelan. Rekod dalam pelayar peranti anda hanya dipadam jika anda memilihnya.

Jika anda perlukan bantuan, e-mel sales@duitkita.my dari alamat akaun anda.

Hak anda

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda boleh meminta salinan data anda, membetulkannya atau menarik balik persetujuan. Hubungi sales@duitkita.my.

Jika berlaku pelanggaran data, kami akan memaklumkan pihak berkuasa dan anda seperti yang dikehendaki undang-undang.